01 August 2011

1st Ramadhan Morning Assembly

Sambutan bulan Ramadhan peringkat SK Taman Dusun Nyior diisi dengan Program Ihya' Ramadhan. Setiap hari Selasa pukul 7:40 - 8:40 pagi program bacaan Yassin dan tazkirah akan dijalankan sepanjang bulan ini. Semua murid Islam tahun 3 hingga 6 diwajibkan menyertai program ini.


Selain itu, pertandingan hafazan dan tilawah al-Quran akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut kategori iaitu Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Diharap semua murid akan menyertai pertandingan ini.

Perhimpunan pagi 1 Ramadhan diselitkan dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Dzulkarnain.



0 Respon:

Post a Comment