23 August 2011

Salam Aidilfitri 1432H


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SK Taman Dusun Nyior.

17 August 2011

15 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Ke-54


Dalam kemeriahan kita membuat persediaan menyambut Aidilfitri, janganlah kita lupa bahawa bulan ini merupakan bulan kemerdekaan. Walaupun sambutan Hari Kebangsaan akan berlangsung pada 16 September, namun semangat patriotisme cintakan negara harus bermula sekarang. Kibarkan jalur gemilang. Selamat menyambut bulan kemerdekaan.

01 August 2011

1st Ramadhan Morning Assembly

Sambutan bulan Ramadhan peringkat SK Taman Dusun Nyior diisi dengan Program Ihya' Ramadhan. Setiap hari Selasa pukul 7:40 - 8:40 pagi program bacaan Yassin dan tazkirah akan dijalankan sepanjang bulan ini. Semua murid Islam tahun 3 hingga 6 diwajibkan menyertai program ini.


Selain itu, pertandingan hafazan dan tilawah al-Quran akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut kategori iaitu Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Diharap semua murid akan menyertai pertandingan ini.

Perhimpunan pagi 1 Ramadhan diselitkan dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Dzulkarnain.



26 July 2011

27 May 2011

SELAMAT BERCUTI

Tahniah

Platun Puteri SK Taman Dusun Nyior telah berjaya muncul naib johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Negeri Sembilan 2011.
Ini adalah penyertaan kali pertama platun SKTDN di peringkat negeri. Nyata segala usaha dan tenaga yang digembeleng oleh seluruh warga SKTDN membuahkan hasil.
Diharap platun SKTDN akan terus menempa nama di tahun akan datang.


Berikut beberapa foto yang sempat dirakam.















18 May 2011

Kemeriahan Hari Guru 2011

Berikut beberapa foto Hari Guru SK Taman Dusun Nyior yang sempat dirakam oleh lensa kamera Cikgu Nik.